PERSONALIZED SUGAR FIGURINES

PERSONALIZED SUGAR FIGURINES
Hand-made, tailored sugar figurines to your request on a dummy cake. Contact for detail

Chilled cheesecake elyzabrownies

DIY cookies by elyzabrownies

21 May 2011

Nota ~ Fungsi gula di dalam produk bakeri

haaa.. saje je nk tulis hal gula ni. Memandangkan harga gula asyik naik sokmo kan? Mmg ramai la yg mengeluh esp mereka yg berniaga makanan. In a way bagus jgk la.. harap2 dpt la membendung masalah penyakit kencing manis yg semakin meningkat kini.

Sebelum kita pergi ke topik pengganti gula yang berada di pasaran industri, mari kita lihat dulu apakah fungsi gula di dalam produk bakeri terutamanya kek.
1- gula sebagai pemanis makanan.
2- gula bertindak sebagai agent pelembut dlm proses mixing/penggaulan dgn menyerap air & memperlahankan pembentukan gluten dlm tepung. Gula bersaing dgn protein gluten utk lembapan & mengelakkan protein dr menyerap air ketika proses mixing. Ini dpt mengelakkan produk menjadi keras.
3- gula jga bertindak sebagai makanan kepada yis ketika proses leavening. Ini mempercepatkan penghasilan karbon dioksida yang membolehkan roti kembang dgn lebih cepat & sekata. Ketika proses ini juga alkohol dihasilkan sebagai bahan sampingan, yang akhirnya meruap ketika proses pembakaran roti.
4- gula juga membantu memerangkap udara ke dalam marjerin/shortening ketika proses whipping/pengkriman. Ini menghasilkan doh yg lebih ringan, tekstur yg lebih halus serta isipadu yg lebih baik ketika proses mixing dan baking.
5- ia juga bertindak sebagai penstabil ketika berinteraksi dgn protein telur utk menstabilkan struktur krim. Gula juga berfungsi utk membantutkan pembentukan koagulasi protein akibat pendedahan kpd suhu tinggi.
6- tanpa gula, pengkaramelan (caramelization) tidak akan berlaku. Pengkaramelan dgn haba menjadikan kek & biskut berwarna perang & beraroma.

Ada byk lg sebenarnya, tapi dah terlupa sbb dah lama tinggalkan bidang ni.
Takper, next round kita explore tentang pengganti gula yg ada di pasaran pula. Adakah ia mampu menyaingi GULA??? TUNGGUUUU....

2 comments:

  1. wahh bestnye..thenz sbb tlis psl ni..sbgai rujukan sy nk hadapi finalexam..ngee..
    (dip.hotel n katering sem 5)

    ReplyDelete
  2. ops? tak sangka lak ader yg nk refer ni utk exam. dulu akak pon kene baca benda2 alah ni gak utk exam hehehe. good luck yer?

    ReplyDelete

Any comments are welcome!

Donation from eLyza brownies

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...