PERSONALIZED SUGAR FIGURINES

PERSONALIZED SUGAR FIGURINES
Hand-made, tailored sugar figurines to your request on a dummy cake. Contact for detail

Chilled cheesecake elyzabrownies

DIY cookies by elyzabrownies

28 April 2013

New cake selection: Orange Poppy Seed cake


Perkenalkan kek oren poppy seed (orange poppy seed cake). 
Kek oren yg lembab (moist) dan bertaburan dengan biji-biji poppy yg rangup.
Saya amat menggemarinya.
Tapi ada sedikit ilmu informasi tentang biji poppy ni.
Jom kita baca:

Biji poppy diperolehi daripada sumber opium poppy (papaver somniferum). Ia selalunya digunakan sebagai bijian atau dikisar sebagai bahan tambah makanan dan juga boleh didapati dalam bentuk minyak.
Biji poppy banyak digunakan di dalam masakan sebagai rempah ratus, hiasan, pemekat atau sebagai bahan utama masak. Ia mmg byk digunakan dalam produk bakeri, masakan dan pencuci mulut.
 Di India, Iran dan Turki, biji poppy dikenali sebagai kaskas.

Ia juga mengandungi khasiat perubatan.
Dadah jenis opium diproses daripada latex/getah yg didapati drpd biji poppy yg belum ranum. Ia mengandungi alkaloids seperti morfin dan codeine. Memakan makanan yang mengandungi biji poppy mgkn memberikan anda keputusan 'false positive' dalam ujian opiates. 

Kandungan morfin di dalam biji poppy adalah di antara 4-200mg/kg. Menurut sebuah artikel terbitan Medical Science Law Journal, kandingan morfin di dalam urin dalam seseorang yang memakan hidangan berkari yang mengandungi biji poppy adalah setinggi 1.27ug/mL. Kandungan codeine juga dikesan tapi amaunnya lebih rendah.

Sehubungan dengan itu Singapura telah mengharamkan penjualan biji poppy akibat dr kandungan morfinnya. Arab Saudi juga telah mengharamkan biji poppy berdasarkan landasan agama dan pengawalan dadah. Di Malaysia pernah ada ura-ura yang ianya akan diharamkan juga tetapi saya tidak berjaya menemui akta tersebut. 

Sumber : WIKIPEDIA 

No comments:

Post a Comment

Any comments are welcome!

Donation from eLyza brownies

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...