PERSONALIZED SUGAR FIGURINES

PERSONALIZED SUGAR FIGURINES
Hand-made, tailored sugar figurines to your request on a dummy cake. Contact for detail

Chilled cheesecake elyzabrownies

DIY cookies by elyzabrownies

01 May 2013

Nota kursus pengendali makanan


Tujuan mengambil kursus pengendalian makanan:


  1. Sebagai mematuhi Akta dan peraturan kebersihan makanan Malaysia
  2. Sebagai meningkatkan mutu makanan
  3. Sebagai langkah untuk memohon sijil halal bagi premis

Antara syarat lain pengendali makanan ialah mengambil suntikan antityphoid.

Mengapa perlu mengawal cara pengendalian makanan?
Perlu untuk mengetahui cara-cara mengawal dan mengurangkan pencemaran makanan.
Punca pencemaran makanan: 

  1. Fizikal – rambut, barang kemas, manik tudung, kaca, makhluk perosak,
  2. Kimia – sanitizer, pesticides, bhn tambah makanan, pencuci
  3. Biologi – bacteria perosak. Antara medium pertumbuhan dan pencemaran ini ialah span basuh pinggan, kain buruk, handphone, pakaian dan kuku.

Factor kerosakan makanan:
  1. Jenis risiko: makanan berisiko tinggi
  2. Kandungan lembapan: lebih tinggi lembapan lebih cepat rosak
  3. Keasidan/kealkalian: lebih tinggi asid dan alkali tidak mudah rosak
  4. Suhu: suhu bilik adalah suhu yang paling sesuai untuk pertumbuhan bacteria
  5. Pencemaran silang (cross contamination): akibat oleh manusia, pengangkutan, peralatan dsb

Element penting dalam menjaga kebersihan makanan:
  1. Kesihatan diri: lakukan pemeriksaan kesihatan, ambil suntikan anti typhoid 3tahun sekali, latihan kebersihan yang berterusan, memakai pakaian pelindung makanan seperti sarung tangan, apron, topi/penutup kepala, kasut tutup dan baju yang bersih
  2. Peralatan yang bersih dan sempurna: cabinet yang tinggi daripada lantai, pembungkus makanan diperbuat daripada kaca, plastic atau tin (bahan yang tidak mudah memindahkan kekotoran seperti karat dsb)
  3. Pencucian dan sanitasi: gunakan pencuci, bilas dan sanitasi menggunakan air panas dan gunakan ‘oil trap’
  4. Longkang yang bersih an boleh mengalirkan air
  5. Kemudahan asas
  6. Makhluk perosak: jadualkan pencucian/pemusnah makhluk perosak
  7. Pembuangan sampah: tong sampah yang sentiasa bertutup. Disarankan kaedah step on
  8. Pengankutan makanan yang bersih

Amalan yang mesti dipatuhi:
  1. Menutup makanan yang disedia dengan penutup yang sesuai dan bersih; 
  2. Menggunakan alatan bersih semasa memegang makanan yang sudah dimasak; 
  3. Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan apabila batuk atau bersin sambil menghalakan muka ke arah lain dari makanan; 
  4. Menggunakan kain pengelap yang bersih dan berasingan untuk mengelap pinggan, mangkuk, meja dan tangan; 
  5. Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun serangga, minyak tanah dan bahan pencuci di tempat khas yang berasingan di luar tempat penyediaan makanan; 
  6. Memegang sudu, garfu, pisau, cawan yang bersih pada tangkainya; 
  7. Membersihkan lantai dengan menggunakan pengelap lantai jika perlu, di tempat makanan sedang di masak atau dihidang; 
  8.  Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras lebih 45cm dari lantai; 
  9. Memastikan dapur bebas dari LILATI (Lipas, Lalat dan Tikus) dan haiwan-haiwan lain; 
  10. Membuang sampah kering dan sampah basah secara berasingan
  11. Memastikan tong sampah berlapik dengan karung plastik, bertutup dan bersih
Amalan yang ditegah:
  1. Berludah merata-rata; 
  2. Batuk, bersin, bercakap-cakap atau ketawa ke arah makanan; 
  3. Meniup ke dalam pembungkus yang digunakan untuk membungkus makanan; 
  4. Membungkus, mengalas atau menutup makanan dengan bahan yang tidak bersih, plastik bewarna atau bahan bercetak; 
  5. Meletak, membawa atau menyimpan pinggan yang berisi makanan secara bertindih; 
  6. Membawa alatan yang diguna untuk penyediaan makanan dalam saku apron; 
  7. Membersihkan meja dengan membuang sisa makanan dari atas meja ke lantai.


Keselamatan makanan
  1. Bahan mentah basah
  2. Bahan mentah kering
  3. Makanan diproses

Elakkan daripada bercampur aduk kesemua makanan tersebut. Asingkan di tempat yang berasingan. Elakkan daripada menggunakan utensil yang sama untuk jenis bahan mentah yang berbeza.

Rujukan:
1. Nota kursus pengendali makanan


No comments:

Post a Comment

Any comments are welcome!

Donation from eLyza brownies

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...