PERSONALIZED SUGAR FIGURINES

PERSONALIZED SUGAR FIGURINES
Hand-made, tailored sugar figurines to your request on a dummy cake. Contact for detail

Chilled cheesecake elyzabrownies

DIY cookies by elyzabrownies

05 September 2013

Shooting utk prog TV Safiyya TV9.




More pics here: Marble Cheese Brownies

Ini adalah SANGAT ISTIMEWA utk tahun ni..
Bakal menjadi permulaan utk segala-galanya yg ISTIMEWA pd tahun ini dan masa-masa yang mendatang.

Pd 19hb Mei lalu pihak kami telah dihubungi oleh sebuah stesen televisyen yang berhajat utk menemubual eLyza brownies dalam rancangan Safiyya TV9. Mereka bertanyakan tarikh2 yg mana yg sesuai utk mereka buat shooting, js sy pon menyebut 26hb.. 

Jd sepanjang minggu tu kami perlu menyediakan sekurang2nya 5 biji kek.. Oleh kerana temanya kali ini ialah kek novelty atau kek 3D, maka semua yg kami buat pon kek 3D juga kecuali kek kawen 3tingkat tu.. tu jer yg lain sikit tp masih ada keistimewaannya iaitu giant gumpaste roses yg dibuat sendiri.

Dengan tempahan2 lain,.. mmg kelam kabut la minggu tu. tapi kelam kabut yg best! hehe.
Sape tak suka wehh kalo ada stesen TV nk buat promo tentang bisnes kita PERCUMA LAK TU!
sape tak nak, kan? mesti la nak.. sebenarnya tak lama sangat pasang niat nk promo kat TV tu, baru je buat bulan feb lepas. Masa dlm kursus IMKK Dr Azizan Osman yg lalu.. tapi masa tu mmg berhajat sungguh2 la. Sambil pejam2 mata ni ha! hehehe. Yg tukang dengarnya ialah kawan sy yg meneman sy waktu tu, si Yasmeen. Skrg dia dah pon berada di USA semula.. sbb itu adalah salah satu impiaannya :-)

Ok berbalik kpd citer promo Safiyya td. Kami telah menyediakan 5biji kek utk prog tersebut.
Antaranya ialah 
kek kawen 3tingkat dgn giant handmade roses
Kek tema game 'Candy Crush Saga'
Kek handbag/clutch leopard prints dgn handphone & mekap
Kek bentuk kereta mainan warna soft pink 
Kek dengan figurine wanita muslimah Safiyya

Shooting tersebut dijalankan di rumah kami, tepat jam 11pagi. Mula2 ada sesi interview, ntah benda merapu je kot sy jawab ahhaahha. Gabra tau nak jawab dgn ada mic kat baju & kamera dok suluh ni.. first time la katakan hihi. Pastu baru la amek shoot sy sdg 'bekerja'. Mcm2 la kita buat, mcm keje biasa cuma kali ni ada kamera, tu jer.

Syukur sgt2 bila dpt offer mcm ni, kan.. Alhamdulillah Allah mendengar suara hati sy yg mahukan promosi utk bisnes ni. terima kasih ya Allah.

Terima kasih buat keluarga yg memahami dan turut berbangga

Terima kasih juga buat krew Safiyya kerana telah bersusah payah dtg dan buat kerja time weekend ni. 

Dan juga kepada para pelanggan eLyza brownies yg sentiasa percaya kpd keupayaan sy merealisasikan kek2 idaman anda ;-)


Terima kasih buat anda semua

nantikan siaran on-air nya pada bulan Jun nnt ya? Akan sy war-warkan dlm page sy nnt



1 comment:

Any comments are welcome!

Donation from eLyza brownies

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...